Profil Jabatan

Jabatan Laut adalah sebuah jabatan Kerajaan yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia.

Perundangan yang termaktub untuk bot yang dilesenkan di Malaysia adalah di bawah Seksyen 473A hingga 485, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (OPS 1952) dan Kaedah Bot, 1953 (L.N. 312/1953).

Setiap bot yang belayar di mana-mana pelabuhan, sungai atau kawasan di Malaysia untuk tujuan di bawah perlu dilesenkan Perdagangan atau perniagaan, Pengangkutan mana-mana individu selain daripada perdagangan atau perniagaan dan aktiviti sukan, riadah dan rekreasi.

Sila klik DISINI untuk melayari Laman Sesawang Rasmi.

Servis eBayar

Kod Jabatan : 053

01    BAYARAN FI PERLESENAN BOT

Terminal Feri Kuala Perlis, Terminal Feri Kuala Perlis, 02000, Kuala Perlis, Perlis

604 – 9854160

nurulsyafikah[at]marine.gov.my