Di bawah adalah terma dan syarat penggunaan Portal eBayar Perlis, serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan menggunakan perkhidmatan diportal ini.

Sekiranya anda mengakses portal ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa terma-terma dan syarat-syarat yang mengikat anda dan merupakan satu perjanjian antara anda sebagai pengguna, agensi-agensi yang mengambil bahagian dan kami, bagi akses dan / atau penggunaan portal ini.

Terma dan syarat ini akan menggantikan syarat-syarat yang anda terima atau akses menerusi portal ini sebelumnya. Penggunaan dan / atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat semasa ini.

Sila baca syarat-syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan kemudahan pembayaran dalam talian kami. Dengan menggunakan kemudahan pembayaran online di portal ini anda secara langsung menerima terma ini.Jika anda tidak menerima syarat-syarat yang dikemukan ini, anda adalah dinasihatkan tidak menggunakan kemudahan ini. Semua pembayaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Semua jumlah dinyatakan ialah dalam MYR – Malaysia Ringgit.
  • KERAJAAN NEGERI PERLIS tidak akan menerima sebarang liabiliti bagi bayaran yang tidak diterima oleh akaun agensi yang betul jika anda memasukkan nombor akaun yang tidak betul atau butiran peribadi yang tidak tepat. Kami juga tidak akan menerima sebarang liabiliti jika bayaran anda tidak dibenarkan atau ditolak oleh pembekal kad kredit / debit anda bagi apa-apa sebab.
  • Jika pembekal kad kredit / debit menolak pembayaran anda, KERAJAAN NEGERI PERLIS tidak bertanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada perhatian anda. Anda perlu menyemak dengan bank / kredit / debit kad pembekal anda jika ada pembayaran telah ditolak dari akaun anda.
  • Bayaran anda akan dikemaskini dalam masa tiga (3) hari waktu bekerja.

Anda akan menerima pengesahan bayaran anda pada skrin dan juga emel anda selepas anda membuat pembayaran. Anda boleh mencetak bukti pembayaran apabila transaksi anda telah selesai (Berjaya) untuk rekod anda sendiri.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bayaran berlebihan dalam akaun anda dan merasakan yang anda mungkin layak untuk bayaran balik, sila hubungi agensi berkenaan dengan menyatakan bukti pengesahan pembayaran atau nombor rujukan.

Semua butir-butir pembayaran yang dimasukkan melalui portal ini adalah disulitkan (encypted) apabila anda, atau pengguna pihak ketiga membuat pembayaran. Komunikasi dari tapak dan juga ke pembekal perkhidmatan adalah disulitkan.

KERAJAAN NEGERI PERLIS tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kegagalan oleh anda atau pihak ketiga dalam membuat pembayaran untuk melindungi data pada skrin daripada dilihat orang lain atau diperolehi oleh mereka yang terbabit, semasa proses pembayaran dalam talian atau berkenaan dengan apa-apa peninggalan maklumat yang tepat dalam masa proses pembayaran dalam talian.

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa KERAJAAN NEGERI PERLIS tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, khas, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, niat baik atau kerugian ketara yang lain akibat daripada tetapi tidak terhad kepada:

  • penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  • kos perolehan barangan dan perkhidmatan berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau pengganti atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini;
  • akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  • kenyataan atau tindakan pihak ketiga di portal ini;
  • ketidakupayaan untuk menggunakan, atau akibat daripada penggunaan portal ini, mana-mana portal yang dikaitkan dengan portal ini, atau bahan-bahan atau maklumat yang terdapat di mana-mana atau semua laman-laman tersebut, sama ada berdasarkan jaminan, kontrak, tort atau mana-mana teori undang-undang lain dan sama ada atau tidak dimaklumkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut; dan
  • apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan portal ini.

Jika mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di bawah undang-undang semasa atau akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah tidak pernah terdiri daripada sebahagian Terma dan Syarat dan peruntukan-peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini akan kekal dengan kuat kuasa penuh dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah.

KERAJAAN NEGERI PERLIS boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau keseluruhan perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, berkuatkuasa serta merta.  Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut