JAIPs terdiri daripada tujuh bahagian yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal Islam bagi Negeri Perlis. Bahagian-bahagian tersebut adalah :
- Bahagian Khidmat Pengurusan
- Bahagian Dakwah dan Pengurusan Masjid
- Bahagian Pendidikan
- Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah
- Bahagian Penguatkuasaan
- Bahagian Pendakwaan
- Bahagian Penyelidikan dan Hub Halal
- Bahagian Takmir
Sebagai sebuah agensi agama Islam yang terpenting di Negeri Perlis, JAIPs sentiasa berperanan sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab mengukuhkan pemahaman manhaj Ahlul al-Sunnah wal-Jamaah seperti yang termaktub di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis 1948 kepada seluruh umat Islam di Negeri Perlis melalui aktiviti dan program yang dirancang oleh JAIPs.