Perkhidmatan Teras Utama
- Menyelaras, memantau, menilai pelaksanaan dan outcome Program/Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).
- Mengurus peruntukan serta melaksana dan memantau Program/Projek Khas Y.A.B. Perdana Menteri.
- Menyelaras, memantau dan menilai Program/Projek Kesejahteraan Rakyat.
Perkhidmatan Teras
- Menyelaras, melaksana, memantau dan menilai Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Asas dan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam di bawah Peruntukan Kementerian Kewangan.
- Menjadi urusetia kepada jentera penyelarasan pelaksanaan di bawah Arahan No. 1, 2018 dan Mesyuarat-mesyuarat Utama Kerajaan.
- Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar serta strategi Badan Berkanun Persekutuan (BBP) berdasarkan Pekeliling-pekeliling yang berkaitan.
- Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar serta strategi Penyusunan Semula Masyarakat dan Penyertaan.